Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Teguran’

Ketika menziarahi jenazah Soekarno, Pak Hamka mengalirkan air mata.

Setelah solat jenazah dia didengari berkata:

“Aku telah doakan engkau dalam sembahyangku supaya Allah memberi ampun atas dosamu. Aku bergantung pada janji Allah, bahawa walaupun sampai ke lowong langit timbunan dosa, asal memohon ampun dengan tulus, akan diampuninya.

Adapun dosamu pada diriku sendiri menganiaya aku, menuduhku dengan tuduhan palsu mengecewakan aku dengan anak cucuku sampai kami menderita bertahun-tahun, di hari perpisahan terakhir ini, aku jelaskan bahawa engkau telah kuberi maaf.”

Ulasan saya (Hafidzi Mohd Nor): Ini adalah lambang kepada kebesaran jiwa yang dimiliki oleh Hamka tetapi ia mengandungi pelajaran yang amat besar bagi golongan penguasa. Apabila Hamka menyebut dosa-dosa Soekarno pada dirinya itu adalah isyarat jelas yang ditujukan kepada para penguasa yang zalim, yang menahan dan memenjara manusia (seperti Soakarno memenjara Hamka atas tuduhan yang direka-reka) . Kerana Hamka sebenar bukan berbicara dengan mayat yang sudah terbujur kaku tetapi kepada para penguasa yang berlaku zalim pada rakyatnya.

Read Full Post »

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Ketika dalam bas menuju ke kediaman lepas seharian merayau mencari buku bacaan untuk dibeli. Letih duduk di kerusi dalam bas. Dua tempat duduk. Setelah bergerak lebih 15 minit perjalanan bas, berhenti mengambil penumpang. Sebelah tempat kosong.

Naiklah ramai anak gadis, pelajar IPT kebetulan dalam laluan bas yang sama. Tiba-tiba salah seorang dari mereka duduk di sebelah dengan senang hati. Bila diperhati keliling masih ada kerusi yang kosong untuk diduduki wanita muda ini dan teman sebelahnya adalah wanita juga. Saya naik hairan.

Lantas mencadangkan wanita disebelah saya itu untuk duduk bersama kakak di sana yang masih kosong di sana. Saya bilang itu lebih bagus untuk kita berdua. Dibalasnya, “Kenapa, tak boleh ke?”. Dia bertudung dan kemas pakaiannya. Saya diam sebentar. Berpaling.

(more…)

Read Full Post »

%d bloggers like this: