Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Tuhan’

Hamba dan Tuan

Dalam-dalam diamat,
renung pada gelas berisi air penuh bersih,
perlahan-lahan diminum air masuk dalam tekak,
dalam-dalam dirasa nikmat dahaga sudah diusir pergi,
begitulah juga dalam-dalamnya rasa cinta Tuan pada hamba.

Hamba merasa sejuknya dalam pelukan Tuan,
sehari-hari hamba pergi dalam kepayahan,
Tuan lah yang meringankan malah menenangkan,

Dalam-dalam hamba baca pesanan Tuan,
Apa makna menjadi hamba?
Dalam-dalam juga hamba faham bagaimana caranya,
Moga hamba faham apa jawapannya,
juga benar amalnya.

Fauzan Ibrahim
22 Julai 2008

Read Full Post »

Iklim & Manusia

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Kehidupan di dunia ini saling berkaitan dan memerlukan, terutama manusia. Manusia serba memerlukan. Manusia sememangnya makhluk yang dicipta dengan kehendak memerlukan sesuatu bagi menyokong kehidupannya. Begitu juga alam yang luas ini. Penuh dengan segala keunikan dan keindahan yang belum terfikir manusia.

Semenjak tahun 50an di abad 20, di bahagian negara Amerika Syarikat, sering melanda taufan atau hurikan yang ditafsirkan oleh geologis mereka sebagai proses penciptaan semula dan pembaikan bumi. Sedang orang awam yang turut sama terlibat menjadi kejadian alam, menjadi bingung tanpa erti akan apa yang sedang terjadi kepada alam sekeliling. Tiba-tiba sahaja berubah menjadi ribut yang menghancur segala rumah yang terpacak di tanah dan meragut nyawa. Hurikan dan taufan yang berlaku disebabkan oleh pergolakan air dan haba bersatu dalam pusingan udara yang laju. Di Amerika Syarikat, mereka telah cuba menggunakan kaedah mematikan taufan dengan mencipta satu serbuk penyerap air yang mampu menyerap 3,000 kali dari berat serbuk tersebut. Namun usaha itu masih dilihat berani mati kerana perlu menerbang pesawat gergasi untuk membawa sejumlah besar serbuk tadi dan mematikan hurikan yang melanda. Setahun di Amerika Syarikat, sebanyak 1,200 kali minima kejadian taufan ribut berlaku, mengikut National Geographic dan Discovery Channel.
(more…)

Read Full Post »

 

Assalamualaikum wa rahmatullah 🙂

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain daripada Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. (Surah Al-An`am: ayat 153)

 

Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (Surah Ali ‘Imran ayat 85)

Fahaman ini sebenarnya telah lama wujud dalam diri manusia yang hanya mahu kebebasan tanpa terikat dengan Tuhan. Mengapa demikian? Mari kita lihat apa itu Pluralisme!

Pluralisme ialah konsep kesamaan dalam kepelbagaian agama. Konsep ini menekankan bahawa semua agama adalah sama dan menuju kepada kemuncak kebenaran yang sama. Bagi pengamal fahaman ini, agama-agama besar seperti Islam, Buddha, Hindu dan Kristian berbeza dari segi luaran tetapi pada mereka punya kesamaan dari matlamat akhirnya iaitu Tuhan yang wajib disembah dengan ikut suka hati mereka. Asalkan mereka menyembah tuhan.

(more…)

Read Full Post »

Assalamualaikum 🙂

(Perhatian: Saya bukan ahli sastera tapi mula berjinak & ingin memahami apa itu ilmu yang boleh diperolehi dari sastera dan ilmu persuratan-saya sebagai pembaca biasa yang mahu belajar dan mahu menyebar yang baik dan segar)

Tulisan ini cuba melihat & menelaah isu-isu mutakhir melalui penulisan novel Faisal Tehrani atau Mohd Faizal bin Musa bertajuk Tuhan Manusia. Sesudah dinukilkan Bila Tuhan Berbicara (novel drama), Faisal Tehrani tampil dengan novel berat berkisar persoalan kehidupan manusia yang memerlukan Tuhan.

Ayat keramat dari Al Quran sering diulangkali demi mengajak para pembaca menanggapi Tuhan manusia itu satu dan tidak boleh pada masa yang sama menjadi tiga atau lebih, hanya Satu.

Ayat ini berluang:

ANDAI kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama.

(more…)

Read Full Post »

%d bloggers like this: