Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Ulasan’

Buku ini saya kenali sewaktu di tahun 2 pengajian diploma sewaktu mengikuti program sebulan di Kersani Training Centre di Segamat. Program tersebut dipanggil Madrasatul Hayaah. Buku tersebut diperkenalkan oleh saudara Fazrul Fahmee Ismail, penulis dan pelopor Pemikiran Sistemik terbitan PTS yang kedua selepas penerbitan dengan PMRAM.

Sewaktu itu, saya sedang mengikuti slot Kalimah Syahadatain oleh Fazrul Ismail. Dan beliau ada menyebut teori kecemerlangan insan yang juga boleh didapati dari buku John Gray ini. Ianya dalam memahami psikologi lelaki dan wanita. Malahan kanak-kanak sebab John Gray turut menulis buku bertajuk Children Are From Heaven tentang bagaimana meladeni anak-anak yang membesar.

Apapun Fazrul Ismail telah cuba memurnikan tulisan ini dengan keluaran buku beliau yang bertajuk, 7 Ciri Berjaya Lelaki dan Perempuan berdasarkan kajian beliau pada surah Al Mukminun.

Selain itu buku John Gray ini turut menampilkan kisah benar dari sudut keluarga John Gray dan dia memang secara kritis dan bijak menjadikan keluarganya sebagai bahan eksperimen berjaya untuk kajiannya dalam psikologi antara lelaki dan wanita.

Lelaki yang lebih bersikap membetulkan dan membuat keputusan dan wanita yang lebih kepada perihal menjaga perasaan dan menghargai pengorbanan hati dan kesungguhan dalam kebersamaan.

Read Full Post »

Kita sering kali bertanya, “Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?”
Quran menjawab, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” Surah al-Baqarah, ayat 216

Penulis: Maya Iris
Penerbit: PTS Millennia Sdn. Bhd.
Muka surat: 549
Tahun: 2007

Kali pertama melihat tajuknya saya tak mahu beli sebabnya saya ini agak ego sedikit dengan perkataan cinta. Barangkali biasa sahaja seperti karya lambakan lain. Tapi bila melihatkan perenggan terjemahan ayat Al Quran di kulit buku, sekaligus mengubah persepsi awal. CCN ini bijak menggunakan ayat Quran disesuaikan dengan jalan cerita dan mesej.

Sekilas memandang kulitnya yang berlatarbelakangkan Air Terjun Niagara, cukup memberi erti limpahan nikmat tuhan itu cukup banyak diterima manusia dan sebanyak itu juga ujian yang akan diterima.

Curahan Cinta Niagara memberikan persepsi bahawa sesiapa mampu berubah malah dapat memberikan manfaat kepada orang lain. Itulah salah satu ciri peribadi Muslim yang cuba diterapkan penulis dalam novel ini. Persoalan rakan yang baik untuk natijah baik juga diketengahkan dalam pemilihan sahabat.

Penulis juga cuba untuk membuatkan pembaca memahami dua sisi jantina berbeza – sebagai lelaki dan wanita. Lebih banyak guna sudut pandang ketiga. Namun ia banyak tertumpu kepada watak Mira Zahila. Ya sebab cerita utama datang darinya.

  • Buku ini memapar budaya negara asing dari sisi ‘gelap’ dan baiknya. Kefahaman asas masyarakat Amerika Syarikat terhadap Islam masih jauh dari yang diharapkan. Ternyata mereka seakan jelik dan melihat kuno kepada Islam. Ada mesej penting cuba disampaikan oleh Maya Iris bahawa kita sebagai Muslim mesti tegas dan bangga sebagai Muslim di samping menunjukkan yang terbaik kepada yang bukan Islam.
  • Kepincangan keluarga yang tidak dapat dikawal oleh ketua keluarga, iaitu Dato’ Rashid yang kalah dengan kerenah isterinya yang merajuk dengan sebab suami bermadu.
  • Cara-cara si suami dan si isteri untuk memujuk atau memikat pasangan yang baru dinikahi. Penulis berjaya menggarap suasana perbualan dengan baik dan dialog yang mudah.
  • Latar masyarakat Melayu yang masih merindukan suasana tenang di desa kampung seperti di Janda Baik. Masih lagi mahu berdekat-dekat dengan kehijauan dusun dan hasilnya.
  • Diselitkan sedikit teguran dan cara terbaik melakukan aktiviti dakwah terhadap sesama Muslim dan bukan Muslim. banyak ayat Quran dan Bible disertakan untuk menerangkan secara ringkas tentang kekeliruan yang disengajakan oleh pihak culas Kristian.
  • Ada ilmu psikologi dipadatkan dengan pelbagai watak dari segi memahami konflik dan situasi cerita. Penulis juga menyelitkan teknik imbasan di awal cerita dan penguasaan sudut pandang yang berbeza.
  • Realiti rumahtangga bukan selalu lancar, ia penuh dengan cemburu dan salah faham dan banyak pengorbanan untuk kekalkan pernikahan. Segala pertikaian dalam rumahtangga, penulis cuba mencadangkan pembaca agar meneliti ajaran Quran dan Hadis bagi jalan penyelesaian. Ia bagus untuk muda-mudi agar sedar cinta antara lelaki dan wanita itu tidak seindah bicara. Ia penuh perancangan bukan setakat ke pelamin malah hingga ke urusan lampin, bak kata Ustaz Hasrizal Abd Jamil.
  • Maya Iris memang hebat dalam garapan ceritanya. Dia menerapkan perihal psikologi kekeluargaan dalam CCN. CCN real tanpa dibuat dialognya seolah pengalaman Maya Iris sendiri. Wallahualam.
  • Secara beraninya penulis menyadurkan tulisannya dengan pelbagai penerangan bersahaja sementara secara halus dimasukkan unsur kefahaman Islam melalui teknik nota hujung. Kefahaman Islam yang disampaikan adalah terutamanya dalam menjaga kehormatan diri, penyelesaian konflik serta bergantungan dengan tuhan. Semuanya ditulis tanpa memberatkan pembaca, malah dimudahkan dengan dibayangkan kepada pembaca bahawa praktis itu jauh dari susah.
  • Ayat di atas 2: 216, tak silap saya adalah pensyariatan perang terhadap kaum penentang, namun di sini Maya Iris cuba jadikan nadi semangat utama dalam watak Mira Zahila. Aku dekat, Kau dekat!

Ini pula saya petik dari laman Wardah Imtiyaz atau Adik Nurul Izzati Abdul Rahim – hebat telahannya.
(more…)

Read Full Post »

%d bloggers like this: