Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Vote’

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Beberapa tips untuk mengundi:

  1. Kita mengundi atas dasar prinsip memenangkan kebenaran dan membanteras kezaliman.
  2. Undilah bukan Muslim, sekiranya membanteras kezaliman, abaikan Muslim sekiranya tidak berlaku adil.
  3. Bantulah si zalim dan yang dizalimi – si zalim (pemerintah yang tidak adil), dia dibantu dengan mencegah dia dari membuat zalim & yang dizalimi (rakyat yang tertindas dari politik yang dimainkan)
  4. Tidak kira Muslim atau bukan, kita undi -… dalam pilihanraya, asal sahaja memenangkan keadilan dan kebenaran itu menjadi keutamaan dari merebaknya kezaliman bakal pemerintah atau sistem yang dipakai kelak.

Berkenaan minda pengundi:

  1. Pedulisma kita macamana? – peka atau pekak, celik atau buta, berfikir atau simplistik. Al-A’raf 7: 179.
  2. Tidak untuk 5 rukun hidup iaitu makan, minum, kerja, rehat dan kahwin (atau tidak berkahwin tetapi hidup macam orang kahwin). – minda binatang ternak lagi sesat.

Baca juga:

Read Full Post »

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Perdana Menteri Malaysia Kelima telah mengumumkan pembubaran Parlimen semalam 13 Februari 2008 bagi membolehkan Pilihanraya Umum ke 12 diadakan dalam tempoh 60 hari.

Serentak dengan ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) semua negeri kecuali Sarawak dibubarkan. Oleh itu mulai hari ini sehingga Pilihanraya nanti, tiada Parlimen, ahli Parlimen, Kabinet dan kepimpinan kecuali “caretaker” (penjaga) negara yang sementara iaitu Kabinet lalu.

Hari ini Rakyat yang berkuasa menentu pimpinan baru. Rakyat Malaysia adalah Hakim, Barisan Nasional adalah Peguambela, Barisan Alternatif adalah Peguamcara dan yang tertuduh adalah Perlaksanaan Syariat Allah kearah Kesejahteraan Rakyat Dalam Malaysia dan Peranan Malaysia Menyebar Dakwah Islam ke Rantau Luar Malaysia.

Sehingga ke hari Pilihanraya nanti, mulai hari ini negara Malaysia adalah satu sidang Mahkamah yang besar! Semua yang hadir di sidang, perhatian mereka tertumpu kepada hakim dan keputusannya!

Dan jangan kamu menyembunyikan persaksian. Sesiapa yang menyembunyikannya, sesungguhnya hatinya berdosa. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

(Al Baqarah: ayat 283).

Kepada Allah swt kita berdoa semoga Dia menjadikan Malaysia

Negara yang baik dan Tuhannya Maha Pengampun – Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur.

(Saba: ayat 15)

dan rakyat Malaysia seperti dalam firmanNya,

Dan orang-orang yang diteguhkan Allah dimuka bumi (dengan pemerintahan, kelayakan, kemampuan dsb), mereka mendirikan solat, membayar zakat, menyeru kepada makruf, mencegah munkar, dan untuk Allah kesudahan tiap sesuatu (syariat, undang-undang, kehakiman, pendidikan dsb).

(Al Hajj: ayat 41).

Sekadar makluman, di sini disetakan beberapa fakta mengenai pilihanraya yg patut diketahui:

  1. Calon yang hendak bertanding di peringkat parlimen perlu membayar deposit sebanyak RM10,000 manakala untuk calon DUN RM5,000. Duit deposit ini akan dikembalikan selepas hari mengundi, dengan syarat undi yang diperoleh calon tersebut at least 1/8 dari undi yang dibuang.
  2. Semasa hari penamaan calon, calon-calon yang ingin bertanding mesti mendaftarkan diri antara pukul 9 pagi ke 10 pagi (24/2/2008 nanti).
  3. Dua (2) perkara baru yang akan diperkenalkan dalam pilihanraya kali ini;
    1. Sejenis dakwat akan dicalit pada kuku jari telunjuk tangan kiri sebagai bukti telah mengundi, untuk mengurangkan pengundi hantu. Dakwat ini ditempah khas dari India.
    2. Peti undi yang lutsinar akan digunakan.

Read Full Post »

%d bloggers like this: