Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Wanita’

Buku ini saya kenali sewaktu di tahun 2 pengajian diploma sewaktu mengikuti program sebulan di Kersani Training Centre di Segamat. Program tersebut dipanggil Madrasatul Hayaah. Buku tersebut diperkenalkan oleh saudara Fazrul Fahmee Ismail, penulis dan pelopor Pemikiran Sistemik terbitan PTS yang kedua selepas penerbitan dengan PMRAM.

Sewaktu itu, saya sedang mengikuti slot Kalimah Syahadatain oleh Fazrul Ismail. Dan beliau ada menyebut teori kecemerlangan insan yang juga boleh didapati dari buku John Gray ini. Ianya dalam memahami psikologi lelaki dan wanita. Malahan kanak-kanak sebab John Gray turut menulis buku bertajuk Children Are From Heaven tentang bagaimana meladeni anak-anak yang membesar.

Apapun Fazrul Ismail telah cuba memurnikan tulisan ini dengan keluaran buku beliau yang bertajuk, 7 Ciri Berjaya Lelaki dan Perempuan berdasarkan kajian beliau pada surah Al Mukminun.

Selain itu buku John Gray ini turut menampilkan kisah benar dari sudut keluarga John Gray dan dia memang secara kritis dan bijak menjadikan keluarganya sebagai bahan eksperimen berjaya untuk kajiannya dalam psikologi antara lelaki dan wanita.

Lelaki yang lebih bersikap membetulkan dan membuat keputusan dan wanita yang lebih kepada perihal menjaga perasaan dan menghargai pengorbanan hati dan kesungguhan dalam kebersamaan.

Advertisements

Read Full Post »

Wanita – Kejadian Unik yang Istimewa

Assalamualaikum

Benarkah wanita ini dicipta daripada tulang rusuk yang bengkok? Apakah benar wanita pertama, Hawa, diciptakan daripada tulang rusuk Nabi Adam?

Persoalan ini menimbulkan perdebatan hangat antara pihak yang menyokong dan menyangkal pendapat tersebut. Dalam banyak situasi, perbincangan itu akan mencapai kesimpulan yang amat mudah & simplistik. “Alah orang perempuan, memang diciptakan daripada rusuk yang bengkok, memang bengkoklah setiap gerak geri, pemikiran dan keputusannya.”

Apa yang jelas, Al Quranul Karim tidak menyatakan secara khusus bagaimana wanita pertama itu diciptakan melainkan Allah SWT hanya menyebutkan bahawa pasangan hidup Adam diciptakan daripadanya sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat pertama, Surah An Nisa’ yang bermaksud:

(more…)

Read Full Post »

adik-comel.jpg

Pendahuluan (Tulisan ini saya gabungkan antara artikel tulisan Dr. Hafidzah Mustakim dan Dr. Danial Zainal Abidin)

Antara isu yang sering menarik perhatian dan menjadi salah faham serta serangan golongan anti Islam adalah berhubung dengan isu wanita. Isunya pelbagai tetapi temanya sering sama berkaitan dengan penindasan, diskriminasi, keganasan, ketidakadilan dan tiada kebebasan yang diberikan kepada wanita Islam dalam menjalankan kehidupan mereka.

Perbincangan ‘Kemuliaan Mahkota Wanita’ dipilih secara simboliknya kerana rambut dikaitkan sejak sekian lama dengan kecantikan dan kemuliaan wanita. Namun, kita akan membincangkan topik ini dalam konteks bagaimana Islam menjaga kehormatan wanita dengan mewujudkan satu sistem hijab yang merangkumi antara lain garis panduan pakaian menutup aurat dan menjaga pandangan dan batas-batas pergaulan untuk mengatur (bukan menyekat) interaksi antara lelaki dan perempuan dalam masyarakat.

Sejarah Tudung

Sejarah pemakaian tudung kepala ini sebenarnya bermula berkurun lamanya sebelum kedatangan Islam. Sejarah Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung kepala diamalkan oleh rahib wanita mereka. Dengan kedatangan Islam wanita diperintahkan Allah untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi belahan dada. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Petanda keimanan mereka terserlah dengan sikap Sami’na Wa’ato’na (Kami mendengar dan kami taat) terhadap apa jua perintah dan ketetapan Allah tanpa perlu melihat rasional dan hikmah yang terselindung di sebalik perintah tersebut.

(more…)

Read Full Post »

Kata Ayah

Tulisan Asal (oleh Zaharah Muhammad, Sungai Buloh)
Sedikit tambahan oleh saya pada rangkap kelima pada mengenal dua jantina baiknya.

 

Sewaktu nasi tumpah ke tanah
Kata ayah, ia bukan rezki untuk kita
Saya memandang putih mata
Mencari makna pada usia yang terlalu muda.

Sewaktu petang menua pulangkan warna terang
Kata ayah, itulah anugerah Tuhan untuk kita
Saya merenung dalam penuh tanya
Mencari makna malam dan gelap yang datang.

Sewaktu usia membawa saya kepada remaja
Kata ayah, ia adalah tempoh yang paling mahal
Saya mengira dengan akal
Mencari berapakah mahalnya harga usia.

Kata ayah, maruah adalah cinta
Hanya satu tiada dua
Anugerah paling berharga, jagailah ia dengan nyawa.

Kata ayah, lelaki adalah khazanah
Padat dengan segala kudrat
Taklif selalu menjadikannya imam di depan
Bukan kerana kuat tapi sebab taat

Kata ayah, perempuan adalah rahsia
Penuh rasa malu tercipta
Tanpanya benteng takkan tega
Menongkah perit cubaan dunia.

Kata ayah, lindungilah dirimu wahai anak
Dari sinar panahan syaitan
Yang menunggu waktu kau layu
Dia mencarimu disetiap yang bernama keseronokan.

Kata-kata ayah saya simpan dalam peti azimat
Buat bekal di perjalanan
Apabila saya terasa hidup ini cukup penat
Ia akan jadi pedoman yang mengingat.

Kini,
Setika saya sudah dewasa dan memamah erti hidup
Dengan segala rasa payah, saya mencari makna kata-kata ayah
Saya pegang amanah maruah
Saya junjung beban kasih yang melimpah
Hanya kerana pesan ayah, bahawa
Cinta itu wahai anak
Bukanlah benda yang dapat dicari
Tidak juga boleh dibeli
Jauh lagi untuk dimusihi
Pun bukan untuk dipenuhi
Atau untuk dibinasai.

Cinta itu wahai anak
Adalah yang mewangi bila diuji
Yang tabah bila disakiti, yang redha bila dilukai
Yang tidak hilang bilamana musim berganti.

Kau akan berjaya
Bila siang yang terang tidak mampu memanah kulitmu
dan malam tidak mampu menggelapkan hatimu
dan ujian tidak mampu meruntuhkan dirimu
dan cinta tidak mampu menurunkan darjatmu
dan kegembiraan tidak mampu membeli kekhusyukanmu
dan pada ketika itu
kau akan merasa dunia ini manis dalam ujian yang pilu
kau akan dapati indahnya ketekunanmu memelihara malu
pada ketika cinta sejati yang Tuhan kurniai
tidak mampu mendorongmu menyerahkan harga diri.

Sebaliknya,
Kau tetap segar dan mekar
Di dalam pagar syariat yang kukuh, utuh dan ampuh
Kau melindungi diri
Kau dilindungi Tuhan Yang Maha Tinggi.

Demikian, pesan ayah saya simpan
Di sudut hati yang paling suci
Mengisi segala nilai-nilai murni!

Read Full Post »

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Alhamdulillah setelah lama saya berkira-kira menulis entri kali ini akhirnya saya beranikan diri untuk dipaparkan buat tatapan umum. Ia adalah ilmu yang bukan rahsia. Ia suatu ilmu yang perlu kita pelajari. Bahkan saya telah mempelajari bab ini sekitar umur di tingkatan 2 persekolahan. Ia tidak pelik dan tidak perlu kita hairankan sebab ilmu itu perlu diketahui juga untuk manfaat besar buat generasi seterusnya. Ilmu itu adalah ilmu tentang menjaga hati dan jiwa serta ilmu membina rumahtangga bahagia.

(more…)

Read Full Post »

Older Posts »

%d bloggers like this: