Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘World’

Cabaran Penegakan Syariah

Sebagaimana yang tertera dalam sejarah anbiya’, seruan menegakkan syariah akan hampir pasti disambut dengan penentangan kelompok yang zalim dan ingkar. Perkara ini dihuraikan dalam surah As Shaff ayat ke 7 dan 8 yang mafhumnya:

”Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengadakan pembohongan terhadap Allah padahal mereka diajak kepada Islam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim. Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, meskipun orang kafir itu membenci.”

Dalam risalah karangannya yang berjudul ’Antara Semalam dan Hari ini’, Hassan Al Banna menyenaraikan bebrapa cabaran utama kepada usaha dakwah menegakkan syariah Allah, sebagaimana yang disenaraikan di bawah:

  1. Kejahilan masyarakat;
  2. penyisihan (sikap berkecuali) ahli agama dan ulama tradisional;
  3. kejahatan golongan pembesar, pemimpin dan pihak berkuasa; dan
  4. Kekangan dan halangan pihak pemerintah dan kelompok yang

berkepentingan sendiri.

Cabaran yang disenaraikan ini saling berkaitan antara satu sama lain. Dengan semakin terhakisnya aqidah dan pegangan nilai Islam dalam kalangan masyarakat akibat kejahilan yang menebal, syariah Islam menjadi sesuatu yang menakutkan, janggal dan terasing. Tambah malang, umat Islam sendiri menolak dan menjauhi syariah Islam dan lebih selesa mengguna pakai sistem perundangan dan cara hidup yang lain. Akibatnya, muncullah pelbagai masalah dan kerosakan akibat keengganan umat mengamalkan syariah Islam yang syumul.

Begitu jelas peringatan yang diberikan oleh Allah dalam surah Al Ahzab ayat ke 36 yang mafhumnya:

”Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila allah Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.”

Meneliti cabaran-cabaran seterusnya, syariah yang mulia ini juga malangnya tidak dipertahankan oleh para ulama dan cendekiawan yang tegas, berani dan berkemampuan. Pada masa yang sama, kelompok pemimpin, pembesar, pemerintah dan pihak berkuasa pula mempunyai pendirian yang amat menentang pelaksanaan syariah ini, dengan pelbagai alasan dan kritikan. Memang tepat apa yang diperkatakan oleh Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi di dalam buku beliau ’Syari’ah Al Islam Sholihah Lil at Thatbiq Fi Kulli Zaman Wa Makan’(Pelaksanaan  Syariah Islam Sesuai Dilaksanakan Setiap Tempat dan Waktu) yang menyenaraikan dua halangan yang bertanggungjawab menyebabkan penolakan syariah, iaitu:

  1. Penyelewengan politik hasil kezaliman pemerintah dan kefasikan mereka berpaling daripada perintah Allah dalam urusan pemerintahan dan pengurusan harta kekayaan mereka.
  2. Kejumudan dan kebekuan fiqh hasil daripada penutupan pintu ijtihad oleh para ulama, mewujudkan pendapat wajibnya bertaqlid, dan berpegang kepada satu mazhab tertentu sahaja.

Segala cabaran ini mestilah dihadapi dengan penuh iltizam dan komitmen, tanpa kenal lelah dan jemu, tidak mudah kecewa dan putus asa. Segala komitmen dan iltizam mestilah dipusatkan kepada usaha menyediakan kelompok da’i yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang betul bagi membentuk barisanhadapan dalam menghadapi cabaran dan halangan ini. Malahan lebih tepat lagi, masa depan Islam banyak bergantung kepada keupayaan kita mendidik barisan da’i ini, bermula dari sekarang.

Read Full Post »

(Perutusan Maal-Hijrah PACE: 64 tahun berjuang dan semakin menjana kekuatan – pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang menurap jalan bagi pembentukan Israel)

Lahirnya negara haram Israel di atas bumi Palestin ialah pada tahun 1367, bersamaan tahun 1948 menurut takwim Gregorian. Hari Jumaat 18 Disember 2009 merupakan tahun baru 1431 Hijri menurut takwim Islam. Setelah 64 tahun Palestin masih dijajah dengan tiada tanda pelepasan oleh penceroboh Zionis. Mungkin sesuai sempena Maal Hijrah ini untuk kita mengimbau kembali peristiwa 1948, sebagai satu tragedi yang terbentang dan menyelubungi seluruh rantau itu dalam perjuangan sengit sehinga ke hari ini.

(more…)

Read Full Post »

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL

rencana@utusan.com.my

SECARA tiba-tiba, Israel kebelakangan ini menerima tekanan antarabangsa yang cukup hebat. Ia bermula dengan Laporan Goldstone pada Oktober lalu yang membuktikan Israel melakukan jenayah perang dan kemanusiaan dalam serangan selama 22 hari ke atas Semenanjung Gaza pada 2008. Awal bulan ini pula, Kesatuan Eropah (EU) mengeluarkan kenyataan supaya Baitulmaqdis dijadikan ibu negara bersama Palestin dan Israel. Pernyataan itu merupakan draf awal yang akan dikeluarkan oleh Sweden selaku Pengerusi EU yang antara lain turut menyebut bahawa Baitulmaqdis Timur seharusnya menjadi ibu negara Palestin pada masa depan. Malah, negara-negara EU turut menyokong tertubuhnya negara Palestin yang terdiri dari Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Pernyataan itu menimbulkan kemarahan Israel apabila ia secara langsung menafikan kedudukan Israel ke atas Baitulmaqdis yang ditawan sejak perang 1967.

Malah, Israel sekali lagi tersentak apabila Britain pula mengeluarkan waran tangkap terhadap Menteri Luar Israel, Tzipi Livni yang menjadi arkitek di sebalik serangan yang membunuh lebih 1,600 penduduk Gaza pada 2008. Waran tangkap itu dikeluarkan ketika Livni dijadual memberi pidato di negara berkenaan. Meskipun waran tangkap itu ditarik balik kerana Livni tidak hadir, namun ia memberi tamparan yang hebat kepada Israel. Apatah lagi Britain sebelum itu juga menghentikan import barangan dari Israel kerana menganggap ia tidak sah kerana dihasilkan di sebuah negara yang tidak sah. Tindak-tanduk Eropah yang menentang Israel itu sebenarnya selaras dengan kemahuan masyarakat antarabangsa yang semakin kuat menolak sikap berdolak-dalik Israel ke atas Palestin. Isu yang paling memberi kesan ialah pembangunan komuniti Israel di wilayah Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur yang secara terang-terangan melanggar resolusi antarabangsa. Isu lain ialah perdagangan organ tawanan perang Palestin yang dijual pada harga beratus-ratus dolar di Israel dan Palestin. Isu ini pernah mendapat liputan meluas media antarabangsa selepas ia pertama kali didedahkan oleh wartawan Sweden dengan bukti bergambar mayat warga Palestin yang dibedah. Kecenderungan Eropah memihak kepada Palestin itu sedikit-sebanyak menyuntik harapan perdamaian bagi konflik yang berusia lebih enam dekad di Asia Barat itu. Tidak keterlaluan juga jika boleh disandarkan harapan, 2010 bakal menjadi tahun yang lebih baik bagi rakyat Palestin.

(more…)

Read Full Post »

Ask For Hikmah (Wisdom)

In everything there is Hikmah. Ask or you will never get it.

He grants Hikmah to whom He pleases and to whom Hikmah is granted, is indeed granted abundant good. But none remembers except men of understanding”

(Surah al-Baqarah, verse 269)


Read Full Post »

%d bloggers like this: