Assalamualaikum ๐
Riwayat jiwa terubat dengan kepergian Ramadhan,
Ada rindu kasih berkesan dihati,
Ada kobar melekat padanya,
Ada ‘izzah menzahirkannya.
Pejuang-pejuang di ruangan ini bergembira,
Walau senang atau susah,
Wajib bersyukur pada Allah,
Sebab hidup masih hanya untukNya.
Hadiah ini bukan untuk berduka,
Cerialah menerima biar semua tahu kita berjaya,
Buang airmata rendah diri di hari mulia,
Banggalah menjadi seorang perwira.
Raikan bersama keluarga atau sahabat,
Senyum tawa kita sertakan,
Ketepikan rosak jiwa pada lebaran,
Hari ini untuk semua yang merayakan.
Salam Eidulfitri diucapkan,
Pada teman dan taulan,
Harap dosa diampunkan,
Moga Tuhan kita agungkan.
Selepas ini kita bekerja lebih lagi,
Sebab Ramadhan telah pergi,
Ada misi menanti kita perhebat,
Ada visi untuk umat ini terus muafakat.
Salam Eidulfitri buat semua ๐
Baca juga:
Leave a comment